Wednesday, December 1, 2010

apa kata anda ?








CAUTION!


as-salam ..
tadi tengah nak bersihkan "isi laptop" . tup.. tup.. terjumpe satu benda alah nih . source dari mana ta dapat dikenal pasti tapi member aku yang bagi tak silap .. benda neh 18sx .. korang yang 18 tahun ke atas je buleh baca oke . yang belum 18 tuh kalau terjumpa cepat2 blah tak payah nak baca sangat lah .. hehe .. da da .. tamau cakap banyak .. jum usya entry berbahaya neh .. 



NAK BUAT SEX SBELUM KAHMIN? - oopss !!
Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.

Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.

Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna.

Betul ke?

Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?

Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).

Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?

Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku?

Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.

Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan.

Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.

Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.

Saya pasti anda setuju!      Flirty Myspace Comments





shhh : ta taw na cakap apa .. tp na pesan kepada diri sendiri dan gadis2 kat luar sana jage diri oke .. dan yang lelaki jangan pandai nak menggoda sangat lah .

6 comments:

Fatin Rahmat said...

kata saya : having sex before the marriage nie utk org-org takde iman je. mintak dijauhkan. huhu

ieqa zulaica said...

fatin : yeahh .. sepp sikit ! setuju .. eii .. takot dow . mntax jauh jugax :)

Anwar Faiz said...

huhu..senang kawin mude je :)

Cik Puan iLa said...

salam perkenalan.Cik ila follow.. :)

ieqa zulaica said...

cik ila : thanx yaa =)

anwar : kan kan kan ? da loqlaq sgt .. kawen la selamat .. ;)

ieqa zulaica said...

cik ila : thanx yaa =)

anwar : kan kan kan ? da loqlaq sgt .. kawen la selamat .. ;)

Much Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers