Saturday, April 12, 2014

ieqa's pregnancy diary #1

FIRST TIME.

Assalamualaikum.. Hi dear readers!

Tu dia.. bersawang habih aihh blog ceq.. lama gila tak update. (Ayat tipikal bila nk muncul balik dalam arena penulisan..mihmihmih) Tula, ada lagi ke orang layan blog ni kan? Dulu ieqa buat blog cz my friends pun ada blog so seronok la blogwalking blog kawan2 yang memang kita kenal selain blog virtual friends. Sekarang sebab terlampau banyak social media kot even ada mobile blog 'Dayre' kalau korang pernah dengar.. sure pernah punya kan.. mula2 rasa nak buat jugak but then i thought, what for? baik update blog ni, even we can install mobile apps pun kat phone so u can update anywhere, anytime u want gitteww..

So yeah, this is my comeback! (Lepas ni jangan hilang pulak lagi sekali dah la ieqa.. hehe) InshaAllah akan cuba berblog jugak after this because I have such an awesome reason behind my comeback! Guess what?? yelah.. that entry's title. Ye... im pregnant now! Alhamdulillah.. eh bila kahwin? takde pun entry kahwin? heheh.. even dekat facebook or instagram pun ieqa tak upload pun pic kahwin. oh, kat instagram ada seketul dua kot. :)

So yeah, i have passed my 1st trimester now without any morning sickness at all! Alhamdulillah.. So now im in my 2nd trimester. So far so good Alhamdulillah.. on 25th April ni, InshAllah i'll have my 2nd baby scan. Waktu tu dah about 20 weeks, I am sooo keen to know my baby's gender!! orang cakap 20 weeks dah dapat tengok, but depends jugak, ada orang 6 bulan baru dapat tahu. hurmm.. mintak2 la dapat tau dah next scan nanti because my husband and me can't wait to buy those baby nurseries... excited la first time parents ni. hehe..

Oh ye, I am not sure when did I conceive but first time i found out that my period almost 2 months late. Then my friends asked me to do the pregnancy test. At first, I said no it was impossible because to be honest, we actually had family plan. Sebab tu ieqa tak percaya. We planned because my husband and me kan still study, plus final year pulak. Then there was some discussion and sesi soal jawab with my friends that resulted to me went and bought the pregnancy test, i bought digital punya sebab senang tengok result terus tak was2. haha

Actually my husband pun cakap, pergi la buat test kot ada rezeki mana tahu.. So yeah, I said I will do it. Kinda excited jugak masa tu nak buat, tanya my friend, Ain dia cakap buat time bangun pagi2 first urine tu elok. Then the next day I did as I've been told, and guess what?? there was error sign dekat pregnancy test tu! ahha.. nasib ieqa beli dua. Alright before I used the 2nd one, this time i read the instructions betul2. Annnnddd finally, the result waaaaasssss..... as below!

pregnant 3+ this device said. ;)


Alhamdulillah.. rezeki Allah. It was really unexpected. My husband paling happy and he said wah, tak caye dah nak jadi bapak orang. lol! I am so thankful and blessed with this gift. InshaAllah.. doakan untuk kami ye. Nanti ieqa update lagi. :)

Take care lovelies! ;)



Saturday, March 9, 2013

New Hope.

Assalamualaikum.. Hi dear readers!

I know, yes, my last update was almost one year ago. My second year study here is so hectic! Dulu, konon semangat nak update entry pasal my life kat tempat orang ni. Well, that was my first intention when I wasn't too busy. HAHA!

InshaAllah, mesti dapat buat jugak one fine day. Rugi plak rasa kalau tak cerita pengalaman kat sini. I was thinking to change my writing style and language use to fully English, but I think elok campur kot, Bahasa Melayu and English. (english pun berterabur ada hati nk tulis fully English! :\)

Sebenarnya aku sedang berperang dengan encik Python. And when I was typing this entry, I was actually could not concentrate on my assignment as my jiran sedang buat concert free. Dugaan.

Python but Python's victim as the cover. 

Till we meet again! Cheers read!

Tuesday, March 13, 2012

Separuh nafas lega.

Assalamualaikum..

Sumpah, lama giler dah tak update.. balik2 bile update ayat ni jela aku pakai kan.. nak buat macam mana, memang kenyataan. Kat Malaysia dah 3:30 pagi, semua dah sedap dibuai mimpi masing-masing. Kat sini malam (jarak masa 8jam lewat dari Malaysia), dan tiba-tiba aku rasa rindu pulak kat blog lalu aku ingin membuat 'come back' update gitu. chewahh.. 

see... shoutbox pun dah expired. -___-"


Cepat kan masa berlalu? dah masuk bulan 3.. dekat nak separuh bulan 3 dah pun. How time flies.. aku pun sangat busy lepas naik term baru ni. Bulan February was the hectic month for me as i had 4 submissions and beberapa tests(dah tak ingat).. Lepas habis je hantar the last coursework which is Web Designing masa awal bulan 3 haritu, aku dah boleh menarik nafas separuh lega. Aku dah start berfoya-foya balik setelah sekian lama bercinta dengan notes, coursework.. Aku dah boleh layan cerita Korea balik (currently layan Dream High 2..) dengan senang lenangnya.. 

extremely hectic. madness.
Tapi tuh semua hanya sementara. Pagi ni apabila aku cek balik schedule and segala coursework dekat Blackboard (Glamorgan student portal), hatiku rasa bagai dirobek-robek. If February was the hectic month because i had 4 submissions, I have no idea what to call this March! Another 5 submissions plus 2 tests dan keberangkalian untuk bertambah tu adalah sengat besar. haihh.. apa nak buat kan.. this is life as a student man! you have to face it, endure it! may success will always be with us. InsyaAllah.. Follow the flow jelah mampu..

the discussion is gettin serious.

eh eh, tengok, dah banyak aku membebel. semua benda buat dengan half-conscious ieqa ni. hurm.. btw, kena tahan sebulan je lagi, on April, we gonna have bout almost 4 weeks holiday for Easter Break! can't wait.. budak-budak ni ada plan nak pergi jalan-jalan sana sini, aku? tak tahu lagi lah. macam malas pun ada. 1st, memang aku nak save, 2nd right after the holiday, i'm gonna have Final Exam which takes place from 4th May-18th May. eh, ada gap lah.. takde lah straight..ade 5 out of 6 papers masa final nanti. wish me luck in advance banyak-banyak eh :) 

alright guys, i think i'd better stop here. will try hard to update at least once a week.. 
Thanks for reading. Take care love :)





Saturday, November 26, 2011

Short Entry.

Assalamualaikum and Hello blog-mates!


lama sangat2 tak update blog ni. memang lama sangat2 since sebelum fly ke UK lagi.. sangat2 busy dengan preparation before fly. then, bila dah sampai sini, nak settle pasal study plak and macam2 lagi lah..  malam ni pun tade cerita apa sangat pun nak update. *actually malas nak mengolah cerita. heheh.. 


i just wanna share something with you guys. yeah, its just a picture of mine. actually and honestly, i have no idea why this picture got so many attentions. over 100 likes! btw, thanks for liking peeps!


this picture was taken at Bute Park, Cardiff.
*agak2 masuk contest boleh menang kalau orang like byk2 camni. haha!!

it's almost 3 months i've been living here. kejap je kan, pejam celik pejam celik. tapi homesick still ada lagi. yang tak boleh blah nye masuk bulan kedua lagi kuat homesick sampai berhari2.. even shopping treats can't help me! can't you believe it? aku pun tak percaya. setakat skype and call jela dapat ilang rindu tapi tuh pun tak cukup tau. rindu mak, abah and awak. and all my friends.. hope you guys doing fine there. 

okelah, nak sambung buat assignment. i'll try my best to update my new life here serajin yang boleh. (tau syamimi haziqah!)

bye-bye ! Cheers for reading :)





Wednesday, October 19, 2011

Hey Blogger!



it's been ages since my last post! how i miss my blog, blogwalking, reading, commenting yet publishing. no worries, noted the picture above. see ya, bye-bye!





Monday, August 8, 2011

Kaki on9 Shopping?

salam and hye peeps…

Siapa kat sini pemalas? HAHA. maksudnya malas nak keluar ke mall atau mana2 lah. nak save minyak lah katakan. minyak mahal.. nak2 bulan puasa lagilah malas nak g berjalan-jalan kan. balik kerja terus balik umah tau nak berbuka je, malam g terawikh pastu tidur. ekk? HAHA.. So disebabkan itu, ramai yang suka shopping on9 je.. betul ke? sendiri jawab..

Timah : "apa susah, ko bukak jer FB tuh berlambak orang jual itu…ini… ha ada satu fb tuh jual blaaa… blaaa… tp mahal nak mampus.."

so, seperti yang kita lihat, FB memang sangat membantu dalam bisnes sekarang ni khas nya lah. tengok organisasi terkenal sekarang pun wajib ada FB Kipas a.k.a Fanpage kat FB tuu.. artis? toksah citelah. lagilah… 


so berbalik kepada topik asal..  nak on9 Shopping nih ada pantang larangnya.. kalau tak kena TIPU nanti, tak dapek den nak nolong ehh do.. ni ada sedikit tips berdasarkan pengalaman. hehee..




TipTop on9 Shopping :

1. tengok wall dulu.. ada tak komen2 buruk ke.. atau komplain dr customer.. kalau takde jalaann.. proceed pegi tengok produk2 dia. yahuuu…!
-ni untuk melihat servis atau feedback customer terhadap owner.

2. tengok dulu dekat gambar2 produk, ramai tak orang bagi feedback atau komen.. like pun boleh lah..
-ni menunjukkan produk tuh digilai ramai dan orang memang cari2. boleh jadi produk tuh berkesan dan mujarab. hehe

3. lepas tuh apa lagi? drop la order. heheh… lebih elok kita PM owner untuk lebih jaminan.
- PM dapat buat owner lebih alert sb kalau drop komen nanti dia tak perasan especially kalau ramai sgt dah komen pic produk tu..
-PM jugak lebih puas hati sebab privacy kita terjamin takdelah orang tahu kita beli shawl stylo tuh kat owner tu. ehehe.. tp terpulang lah.

4. kalau nak lebih selamat, elok beli dengan owner yang letak muka dia setepek, so papehal senangkan muka kita kenal senang nak cari 1 Malaysia ni.. hehe.. tapi ada jugak owner yang tak letak muka setepek tapi ramai orang beli dengan dia. yang ni takpe. nampak ada jaminan.. ;D

5. atau beli dgn owner yang kawan kita rekemen, yang ni pun selamat. InsyaAllah...


so, setakat ni tuh jelah kot. ada sape2 nak share tips atau pendapat jugak? boleh cerita kat ruangan komen ye..  aku tak pernah lagi lah kena tipu even aku selalu lah jugak beli 0n9. tapi kadang2 bukan seller je ada kes, buyer pun ada yang menipu. haihh.. dunia...

by the way, aku pun seller on9/off9.. nak tau aku jual ape?

klik BLOG ni...

atau

klik FANPAGE ni.. 


happy reading and happy SHOPPING peeps ;)


Friday, July 22, 2011

Ingat Nak Bersukan Je Kena Warm Up?

salam and hello people.. 

korang sedar tak arini dah 20 syaaban? 20 syaaban weyh! so, lepas bulan syaaban bulan ape? RAMADHAN lah kan… tanye budak tadika pun dorang tahu ni. (memanglah sebab cikgu baru ajarkn) so dah tak lame lagi nak puasa. ehem.. kaum hawa sekalian dah habis ganti puasa?(tanya kat diri sendiri jugak).. ehh relax... masih sempat lagi kot nak ganti puasa nih. aku pun tengah ganti puasa lagi ni. seronok jugak puasa time last minit nih. bukan ape, korang buleh warm up tau tuk bulan Ramadhan nanti.


tadi aku dengar ustaz kat radio ada cakap, elok warm up dulu sebelum nak menyambut kedatangan bulan mulia penuh berkat iaitu bulan Ramadhan. nanti takdelah jadi macam Pakcik Seman(bukan nama sebenar). yelahh tau je dia nak puasa dua minggu lagi, hah ape lagi makan bagai nak rak! macam time bulan puasa nanti tak buka2 dah puasa tuh. ahhaa… nanti bila bulan puasa mule lah letih, lembik, tak produktif kan.. so better kite warm up dulu(sebab tuk aku suka ganti puasa last minit). hehee.. tapiii…. jangan TERLALU LEWAT sangat nak berpuasa.. I mean puasa ganti. sebenarnya aku tekankan tuk kaum hawa yang nak puasa ganti, puasa cepat2, belum terlambat lagi. puasa sunat plak pada bulan syaaban nih boleh, TAPI… ha nih aku dah attach screenshot supaya korang lebih yakin.

Untitled
credit to : http://inijalanku.wordpress.com



kalau ada tersilap, harap tegur ya. 

thanks for reading.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. ^^

Wednesday, July 20, 2011

Terpikat dengan aweks..

salam..hye peeps..


lame tak update bukan bermakna ku ta kisah pasal dunia blog or bukan bermakna ku sudah besara. naaa-ahh! even dah lame tidak meng-hupdate (such a broken word!haha) kan diri, tapi aku stil blogwalking blog korang tau. ye, aku memang suka membaca. serius! hehe..

aku jalan-jalan kan, aku terjumpa satu blog ni. jumpa blog ni kat blog SuperBEN(aku pun taktahu sejak bile abg BEN dapat gelaran ni) lah ape lagi. blog awek cun, and I must say, not just pretty lah, but PRETTY WITH BRAIN. aha! tuh dia.. aku baca blog dia memang best lah, takde unsur-unsur gedik nak attract readers ke blog dia kan since she’s new in blogging. but.. korang even dia baru start since January 2011, korang mesti pengsan lah kalau tengok followers dia. aku pun dah lame ade blog, 500 pun tak sampai followers! ahhaa! (mane nak ade, update blog pun time bulan purnama je..ciss!) malas nak cerita, p tengok sendiri noo.. kat blog beliau.. 
http://nameeroslan.blogspot.com/



lagi 1 hal, aku suka header blog dia yg tersangat lah sempoi macam dia lah jugak. plus deco blog dia pun sempoi tak macam blog aku yg pinkish bajet nak girlish2 cute2 ni. haha! actually memang aku nak tukar deko kat blog aku ni since memang tak kena dengan jiwa aku nih. nih pun saje buat aritu sebab time cari background tuh aku tengah mabuk bercinta kott.. err.. entahlah! T____T


thanks for reading peeps!

Sunday, June 19, 2011

setuju tak social website punca keretakan hubungan rumahtangga or hubungan pkwess makweess??

setuju tak social website punca keretakan hubungan rumahtangga or hubungan pkwess makweess??

Answer here

Wednesday, June 1, 2011

debaran satu.

assalamualaikum.

actually baru selesai meng-scan sume sijil-sijil milik Siti Nor Zulaikha anak uncle Kamarulzaman. sape pulak da lah .. ohooii !! aku lerr tuu .. hehe ... sume aku scan, pendek kata apa je yang kau ase kau nak scan, kau scan! haa... tuh pendek yang kata.. panjang tak kata apa-apa? haha..

haa apsal pulak la aku duk rajin sangat kan pergi scan benda-benda alah tuh sume.. dah tade keje sangat ke cik ieqa?? hehe... aah tade keje.. gini lah jadinye.. esok baru ade keje. oh ya ! tomorrow gonna be my 1st day working at Secret Recipe yawww!! 

pic fr google

haa.. mesti korang dengar je SR neh dah telan air liur bagai kan.. huhu.. beselah kek dia memang tade sape boleh challenge wa cakap lu... kan kan kan! hee .. haa berbalik semula kepada soalan tergantung tak bertali tadi.. kenapa ieqa kau rajin sangat malam nih.. abes benda kau nak scan.. tahulah kau ada scanner kat umah .. tuh pon nak kecoh! urgghh!! 

haa.. relax.. bawak bertunang bak kata irine nadia marcello kan.. actually korang, ni lah debarannya. satu per satu akan terungkap nanti. empunya badan ni pun tengah berdebar-debar giler cam nak meletoppps nokk kepala mak nih..! yelah duk pikir apekah kesudahannya kan. haa aku nak email kat mylovely lecturer plak nih sume sijil dan transkrip exam yang aku scan tadi.

okaylahh, kita tunggu sama-sama okay. korang mesti nak tau punya kann. korang kan memang ambil berat kat aku.. (tangan di dada, mata ke atas).. 



Monday, May 16, 2011

test.

test one two threee.............

Wednesday, May 11, 2011

you are invited !!

heyy ! hye hye !

“yeahh .. you ! you are invited to enliven a farewell dinner for DCN Final Year students.”

yeye ! finally ade jugak dinner ingatkan dah memang takde harapan dah. yelah.. before nih macam2 halangan sampai kitorang ingat memang takde dah dinner untuk budak final sem. sedih jugak ohh kalau takde. takde la kenangan last gathering bersame pulak nanti kan. sedar tak sedar dah nak berakhir dah pun perjuangan kat KPM tercinta nih. feeling? ohh semestinya gembira ohh! tapi.. tapi.. ade sedih jugak.. sedih nak berpisah dengan kawan2 and my bebybucuk! tapi tapela. ade rezki kita berjumpa lagi ye kawan2. before berpisah kita makan2 dulu wat kali terakhir kita bergelar student KPM ni. untuk yang tersayang.. ucapan khas nanti I msg okayy! public nih malu.. hehehe.. oraitt.. nak tayang skit invitation card yang aku buat.




DSC03397
cute tak? hehee…

lepas nih entry pasal dinner plak. tema ape, kat mane kitorang punye dinner ape sumer.. haa semua simpan untuk next entry ehh ..

till then, bubui !!!

Saturday, April 16, 2011

ohh yeahh ! dapat trainer free tetibe !

Assalamualaikum semua ..


waahh ..memang berabad jugak aku tak update blog neh .. hehe ...maklum lah dah las sem so quite busy laa uolls.. (padahal ade 2subjek je sem neh..hehe)... oke laa tamau cite sal update blog ke ape ke .. dah memang standard if masuk study je blog memang akan diabaikan . huu ... kesian blog aku ..


ehh tajuk entry neh apsal cmtuh ekk ? trainer free apelahh yang aku dpt .. free plak tuu .. aishhh .... ieqa ... ieqa ieqa ... mesti nak tahu kan kan kan ? hahha


korang suke main air tak ? suke takk ? aku suke ... tapi aku tak reti swimming and serious shit memang tak pernah belajar or teringin pon nak belajar swimming nih .. tapi aku suke main air .. haa camne tuh ? kang lemas tak pepasal kan .. Al-kisah nye begini .. semalam (15/4/2011) aku akan ingat tarikh nih sampai bile2 .. ! hee .. sukenye .. so that date is hari jumaat .. ye JUMAAT ! time bebudak KPM keluar outing laa beb ! u know .. =)
then aku n roomate aku .. sha, iffah, mek memang tak de nafsu pon nak kuar bandar .. so lepak je lam bilik .. ingat petang cikit nak pegi cari makanan kat pasar malam kat IM .. nak melantak puas2 since kami tak lunch pun .. pastuh puas2 sangat duduk saje kat bilik kami borak2 pasal swimming .. 


iffah : "beh nyow g mandi weyhh ..."
sha : "taw takpo ... sedak mandi panah2 nih.."
aku : "holahh ... jum lah g weyhh ... google nak mandi kat mane .. hotel ke .. kte masuk je wt dunno .. wt bajet kunun kte mmg check in kat situ .."


mek gelak je time nih ..


aku : "nanti kalau orang reception tuh tanye nak pegi mane kte cakap lahh i nak pegi mandi, bilik i kat atas !")


sume gelak kuat2 time nih .. aku kepelikan .. pastuh aku reveiew balik ape aku cakap tadi aku pon tersembur gelak join diorang .. HAHAH !


iffah : "jum ar weyhh .. g mandi.."
sha : "nak mandi kat ner .. haa kte google dulu lah .. kat kompleks ke oke gak.."
aku : "kompleks kat im neh.. weyhh, tapi aku mane reti berenang .. haha"


mek gelak ag... pastuh dye g mandi since tak mandi pagi lagi .. hahaa


aku, iffah, sha still berusaha cane nak g nak naek ape bagai .... last2 ejas kete pakcik guard .. eh abg guard kot sb muda ag tp kami panggil pakcik guard je .. hehehe .. ejas ounye ejas las2 dye kate 10minit ag sampai .. haa amik kau ! ape lagi kami berkejar g solat g siap2 sume .. kelam kabut time tuh .. cari tight laa nak pakai baju ape laa .. lucu jek ..


pas siap2 kami turun tunggu pakcik guard tuh ambik kami .. then nak dipendekkan cerita sampai lah kami di Kolam Renang Kompleks Sukan Indera Mahkota .. haa nak tayang gambar jap .. 


pic from google



oke ... fyi, bayaran masuk hanya RM2 untuk 2jam sahaje .. okelahh berbaloi-baloi jugak .. kami excited je nak masuk .. masuk2 mula kami lalu kat pool kanak2 .. then nampak budak tuh pakai surf board .. lam hati aku, "aku kene pakai tuh jugak.. kang tade la lemas aku.. huu".. jalan lagi .. sampai lah pool orang dewasa .. actually not-so-pool.. nih tempat budak2 swimmer or athlete training .. so pool dye sebijik cm pool yang korang tengok dalam TV mase sukan SUKMA tuu .. huhu.. tapi sempoi, mandi jugak laa dah sampai kan even tak pandai swimmming .. hahah


iffah dengan sha memang pandai lah swimming .. mek pon pandai gak tapi since air tuh dalam sangat dye pon gune surf board tuhh teman aku . HAHA! aku pakai sebab tak reti balance badan ag .. aku syok je tengok sha n iffah swimming siap menyelam lagi .. urgghh ! aku pon nak buat jugak .. busan lah asyik berjalan dalam air .. *sigh ..


aku pon suh iffah ajar .. sha pon ajar gak .. try punye try aku takleh balance diri .. PLOOOP !! aku terbalik camne tak ingat .. yang pasti aku dah lemas n tertelan banyak gak air .. aku bangun peluk sha terbatuk-batuk kuat giler  (tak peduli dah orang tengok ke ape .. ade aku kisah?) .. diorang dah panik .. aku batuk tersedak makin kuat .. last2 aku sendawa ... ERRKKKK !! pastuh aku gelak .. hahaha... diorang pon gelak .. lucu je .. tapi merah la mate aku, memang banyak jugak air aku telan .. hahah .. tapi sume tuh tak mematahkan semangat aku .. aku still ag suh sha ajar aku swimming style menyelam tuhh .. bez kowt!


then, tak lame pakcik jage kawasan tuh lalu, dye cakap kat aku ..


pakcik : "awk kalau nak selam cmtuh kene lembutkan badan jangan keras cmtuhh..."


alamak ! malu aku .. pakcik nih duk perhati  aku ke ? hahaha .. aku ckp oke jelah.. then aku truz berlatih lagi dengan sha . aku tahan nafas oke je lame gak dalam air.. juz tak reti nak apung badan je ag .. mek n iffah time neh dah syok layan mandi .. tak lame tuhh pakcik tuh datang ag .. tbe2 dye cakap nak ajar aku .. aku dalam hati heppy la kan ... hahah ! cam tak caye je ... mesti pakcik nih kesian kat aku .. *sigh


1st step dye ajar care nak apung badan .. try punye try 1st step lepas !
2nd step dyeajar care nak kuak kan kaki .. try punye try 2nd step lepas ! tapi aku gune surf board ag .. hahha
3rd step is killing step ! pakcik tuh suh aku buang surf board tuh .. percaye pade diri dye cakap ! alamak ! sudah da laa .. mampos la aku ! camne aku nak apungkan badan gini .. hahaah ! aku try la gak kan sebab aku memang nak pandai sangat .. mule2 aku try, badan aku nak terbalik .. try ag .. nak lemas .. try ag .. nak tersungkur ke depan ! urghhh ! sangat mencabar kewibawaan aku oke ! hmm .. aku pon try ag and finally ... hahh ! i did it !! aku swim jauh giler .. bile aku naik je ke permukaan tengok eh , jauh dak aku swim rupenye ! hahaah .. seronok giler ! Alhamdulillah .. cepat aku dapat .. 


then time's up .. pakcik yang ajar aku tadi tuh tiup wisel suruh sume naik .. aku pon cakap la berbanyak terima kasih kat pakcik tuh .. hehe .. pastuh sha cakap .. "bagus ieqa nih .. cepat belajar.. cepat giler ...bape minit je pon..", aku pon senyum jelah .. *senyum puas ! hee .. kami pon siap2 mandi bersihkan badan .. pasnih nak g pasar malam plak .. 


tuh lah pengalaman yang aku takkan lupe .. lepas nih kene lah g swimming selalu .. buleh jadi a new activity for weekend aiyte ? hee ..






sshh : pic kami tade sebab masing2 muka sakai time nih .. hahah

Thursday, March 31, 2011

JOM RECHECK.......KITA CINTA KERANA APA.....??



Cinta kerana Allah,
Allah jaga hati kita.
Tidak dibenarkan syaitan masuk campur.
Pantang nak terfikirkan yang bukan-bukan tentang si dia,
Allah alihkan hati supaya memikirkan yang baik-baik.

Cinta kerana nafsu,
Asal kita terbayangkan si dia,
Asyik terbayangkan yang bukan-bukan.
Nafsu syahwat sering mengeledak.

Cinta kerana Allah,
Kita sering tenang,
Memikirkan si dia sentiasa senang dan bahagia.
Bila saja kita tahu dia dalam kesusahan,
Yang membuatkan dia tidak tenang dan bahagia,
Kita terus teringatkan Allah,
Kita ingat untuk berdoa kepada Allah,
Agar dia sentiasa damai dan sejahtera,
Agar dia diberi ketenangan jiwa.

Cinta kerana nafsu,
Kita acap kali resah,
Dan kita sering membayangkan dia juga resah tanpa kita,
Macam-macam menerpa ke dalam fikiran,
Kita selalu inginkan dia bersama kita,
Bernafsu betul.

Cinta kerana Allah,
Setiap kali kita teringatkan dia,
Kita juga teringatkan keluarganya.
Demi kebahagian kita dan dia,
Kita doakan dia sentiasa bahagia di samping keluarga,

Cinta kerana nafsu,
Hanya si dia di fikiran,
Kita sering terlintas dia hanya bahagia bersama kita,
Tanpa kita sedari bahawa keluarganya ada di sisi dia.

Cinta kerana Allah,
Berjauhan tidak mengapa,
Mungkin sesekali kita ingin menatap wajah si dia,
Namun, memandang gambar si dia dah mencukupi,
Meskipun gambar dia bersama kawan-kawannya.
Sebab cinta tu kerana Allah,
Kita rasa sayang nak pandang dia,
Usahkan lama-lama, kejap pun rasa segan,
Takut di masa depan,
Dah tiada apa nak dipandang.

Cinta kerana nafsu,
Jika berjauhan, rasa ingin dekat,
Jika dekat, rasa ingin tatap,
Tatap saja tak jadi, ingin sentuh.
Selalu ingin bersama dia sahaja,
Tak ingin ada gangguan.
Mungkin kita terlintas,
Kita tak buat apa-apa,
Bukan buat maksiat,
Tapi, tak sah kalau tak sentuh,
Kalau tak pegang dia.

Cinta kerana Allah,
Bila kita mesej si dia,
Dan dia tak balas mesej kita,
Kita ingat dia mungkin tengah susah hati.
Kita cuba bagi semangat kat si dia,
Insya-Allah, Allah mesti tolong.
Kadang-kadang, dia buntu,
Tak tahu nak buat apa.
Allah Maha Mengetahui,
Terus kita teringat Allah,
Kita doa semoga dia sentiasa diberkati selalu,
Berharap semoga dia tenang selalu.

Cinta kerana nafsu,
Bila si dia tak balas mesej kita,
Kita merajuk, kononnya.
Kadang-kadang kita mengungkit,
Kita kata, asyik kita je yang mesej dia dulu,
Dia tak pernah mesej dia.
Bila dia tak mesej dengan kita,
Mula la,
Dia dah tak sayang kita la,
Dia dah lupa kita la.

Cinta kerana Allah,
Kalau kita dapat mesej dengan dia,
Atau dapat jumpa dia,
Kita sangat sensitif,
Setiap reaksi si dia amat penting bagi kita.
Kita akan sentiasa beringat,
Kalau-kalau kita tersinggung hati dia,
Kita tak nak sebab kita, dia jadi tak senang,
Apa lagi kita mengganggu dia masa dia sakit.

Cinta kerana nafsu,
Kita memang sensitif,
Asal si dia tak ikut kata kita je,
Kita merajuk.
Minta dia pujuk.
Selalu juga kita ganggu dia,
Masa dia tidur,
Masa dia sakit,
Ada kita kisah?
Nafsu nakkan dia punya pasal,
Kita tak fikir pasal dia.

Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi si dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia.

Cinta kerana nafsu,
Mana boleh biar je dia sorang-sorang,
Mesti ada kita.
Orang lain mana boleh tenangkan dia,
Kita jer...
Kan kita dan dia saling sayang-menyayangi...

Cinta kerana Allah,
Kita sedar hidup ini bukan selalu bahagia,
Kadang-kadang, kita ada buat silap,
Secara sengaja mahupun tak sengaja,
Yang membuat si dia terguris,
Kita minta maaf daripada dia,
Kita mohon ampun daripada Allah swt.
Kesilapan yang kita buat,
Mungkin bukan kesalahan besar.
Tapi, kita sedar,
Yang kita telah menyakiti hati seorang hamba Allah,
Sebab tu kita pohon keampunan Allah,
Selain minta maaf daripada si dia,

Cinta kerana nafsu,
Bila dia merajuk,
Kita tak rasa dia merajuk sebab kita.
Tapi, kita pujuk juga,
Sebab kita nak dia selalu di samping kita,
Untuk buat kita gembira,
Kita rasa, kalau dia terus sedih,
Siapa nak hiburkan kita lagi...
Tapi, kalau dia terus merajuk,
Kita tak pujuk dah...
Lantak dia la...
Sebab kita rasa kita boleh cari yang lain.
Yang lebih baik dari dia.
Macam tu ke makna sayangkan si dia?

Sekiranya kita percaya dan yakin cinta kita itu cinta kerana Allah,
Kita akan rela melepaskan dia pergi,
Kita juga sanggup berpisah dengan dia,
Buat sementara.
Kerana kita yakin,
Selagi Allah bersama kita,
Juga bersama dia,
Rindu kita kan terubat.
Kita dan dia kan bahagia.
Di bawah redha Allah Yang Esa.

Namun,
Sekiranya cinta kita adalah cinta kerana nafsu,
Kita takkan merasa senang untuk berjauhan dengan dia,
Walaupun seketika.
Kerana kita selalu inginkan dia.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika telah tiba waktunya ku bertemu jodohku dari-Mu, berilah petunjuk-Mu kepada ku. Berkatilah aku dan dia serta panjangkanlah jodoh antara kami berdua supaya kami dapat bahagia di bawah redha-Mu. InsyaAllah, kan ku jaga dia dengan baik.

Much Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers